Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru John Wick 3 Menampilkan Pertemuan Diantara Bowery King Dan Winston


Akan ditayangkan tahun hadapan, gambar-gambar dari filem John Wick 3: Parabellum membuatkan para peminat filem aksi itu tidak sabar menantikan tayanganya.

Terbaru, sekeping gambar yang ditularkan studio Lionsgate (diatas) telah menyebabkan peminat semakin teruja. Ia menampilkan karakter Bowery King (Laurence Fishburne) dan Winston (Ian McShane) dalam satu gambar. Ia seolah-oleh menunjukkan dua watak penting dalam filem John Wick 2 itu sedang bertemu dan berbincang mengenai sesuatu.

John Wick 3: Parabellum menampilkan Keanu Reeves dan Halle Berry sebagai pelakon utama. Filem ketiga ini juga turut dibintangi oleh Angelica Huston, Asia Kate Dillon, Mark Dacascos, Jason Mantzoukas, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman, dan Tiger Hu Chen. Sementara itu pelakon Ian McShane, Common, Laurence Fishburne, Lance Reddick, dan Ruby Rose akan meneruskan watak mereka dari filem kedua. Hiroyuki Sanada (aktor dari filem Wolverine) pula akan membawakan watak penjahat utama kali ini.

Apa pendapat anda tentang gambar terbaru ini? Adakah mereka berdua akan membantu John Wick yang dikenakan hukuman “excommunicado” setelah melakukan kesalahan dalam hotel Continental? kita nantikan filem ini yang akan ditayangkan diseluruh dunia pada 17 May 2019


Related posts

BALLERINA: Pengarah Kongsikan Kemaskini Spin-Off John Wick Lakonan Ana de Armas

Kakimuvee

Peacock Dedah Gambar Terbaru Siri Prekuel John Wick ‘The Continental’

Kakimuvee

Teaser ‘The Continental’ Pratonton Sekuel Francais ‘John Wick’

Kakimuvee

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Aksi-Aksi Keanu Reeves Dalam Gambar Terbaru John Wick: Chapter 4

Kakimuvee

Bintang The Walking Dead Norman Reedus Sertai Spin Off John Wick “Ballerina”

Kakimuvee