Berita

Gambar Terbaru GODZILLA VS. KONG Paparkan Pertarungan Dua 'Monster' Terhebat

Views

Pandemik Covid-19 menyaksikan studio Warner Bros. dan Legendary terpaksa menunda tayangan filem terbaru MonsterVerse, Godzilla vs. Kong ke 21 Mei 2021, dan sementara peminat menantikan trailer rasmi yang mungkin akan dilancarkan beberapa bulan lagi, bungkusan permainan dari Playmates Toys mendedahkan pandangan pertama pertarungan diantara dua raksasa terhebat.

Selain itu juga, bungkusan tersebut turut memaparkan butiran plot untuk filem akan datang yang mana peminat dapat menjangkakan pertarungan yang cukup hebat diantara Godzilla dan Kong.

"Legends collide as Godzilla and Kong, the two most powerful forces of nature, clash in a spectacular battle for the ages! The monster war rages on the surface and deep within our world as the spectacular secret realm of the titans known as the Hollow Earth is revealed!"

Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the Monsters.

Adam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Terry Rossio (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl.

Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks