Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Gambar Terbaru “Flower Of Evil” Papar Lee Joon Gi & Moon Chae Won Sebagai Ibubapa Yang Penyayang

tvN telah melancarkan gambar terbaru Lee Joon Gi dan Moon Chae Won untuk drama terbaru, Flowers of Evil. 

Dalam gambar tersebut, ia menunjukkan watak lakonan Lee Joon Gi dan Moon Chae Won menjadi ibubapa yang sangat penyayang kepada anak perempuan mereka,

Flowers of Evil berkisarkan tentang Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) yang merupakan seorang detektif dan dia sudah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun bersama Baek Hee-Sung (Lee Jun-Ki) sehingga mereka mempunyai seorang anak perempuan. Baek Hee-Sung nampak seperti ayah dan suami yang bertanggungjawab, tetapi dia mempunyai masa silam yang kejam di mana dia dulunya merupakan seorang pembunuh bersiri.

Baek Hee-Sung menyembunyikan masa silamnya dan hidup menggunakan identiti penyamaran, dia berjaya memperdayakan isterinya. Cha Ji-Won mengetahui tipu dayanya dan memburu “masa silam” suaminya.

Flowers of Evil akan mula bersiaran pada 22 Julai, jam 10.50 malam waktu Korea Selatan.

Related posts

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Leave a Comment