Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Filem bencana Korea Selatan yang akan datang, Emergency Declaration, telah mendedahkan 10 gambar terbaru yang menampilkan barisan bintang utamanya. 

Gambar-gambar tersebut berlatarkan lokasi yang berbeza sama ada di dalam pesawat atau di darat, dan ia turut menunjukkan siasatan yang sedang dilakukan bagi membantu menyelamantkan mangsa di atas kapal terbang. Anda boleh gambar-gambar tersebut dibawah. 


Diarahkan oleh Han Jae Rim, Emergency Declaration mengikuti malapetaka yang belum pernah terjadi sebelumnya apabila sebuah penerbangan menerima ancaman dari pengganas. Filem bencana itu dibintangi Song Kang Ho, Jeon Do Yeon, Lee Byung Hun, Kim Nam Gil, Im Siwan, Kim So Jin dan Park Hae Joon.

Song Kang Ho memegang watak In Ho, seorang detektif veteran yang menyiasat ancaman itu, manakala Jeon Do Yeon melakonkan watak Sook Hee, seorang jeneral yang bekerja di Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan. Lee Byung Hun memainkan peranan sebagai bapa Jae Hyuk yang prihatin dan fobia menaiki pesawat yang berada dia atas kapal terbang untuk pergi mendapatkan rawatan untuk anak perempuannya yang sakit. 

Kim Nam Gil memainkan watak Hyun Soo, pegawai pertama yang bertugas di kapal terbang, dan Im Siwan memainkan watak penumpang pesawat misteri Jin Seok. Park Hae Joon melakonkan watak Tae Soo, ketua pusat pengurusan krisis kerajaan, manakala Kim So Jin memainkan watak pramugari Hee Jin.

Emergency Declaration akan ditayangkan di Korea Selatan pada Ogos ini.

Sumber: Soompi

Related posts

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Netflix Perbaharui Siri Popular Korea “Sweet Home” Untuk Dua Musim Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment