Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Gambar Terbaru Diset Penggambaran Falcon And The Winter Soldier Timbulkan Spekulasi Karakter Terbaru


Siri Marvel Disney+ Falcon and the Winter Soldier kini sedang rancak menjalani penggambaran.

Selain menyaksikan Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp kembali membawakan watak masing-masing iaitu Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13, siri itu nanti turut akan memperkenalkan watak terbaru iaitu U.S Agent lakonan Wyatt Russell.

Dalam perkembangan terbaru, beberapa foto dari set penggambaran telah menimbulkan spekulasi mengenai pengenalan watak baru Marvel ke skrin kecil.

Menurut laman Murphy’s Multiverse, siri Falcon and the Winter Soldier bakal memperkenalkan satu lagi karakter komik iaitu Lemar Hoskins a.k.a Battlestar.

Dalam versi komik, Hoskins merupakan ‘sidekick’ kepada John F. Walker – Captain America yang baru – menggantikan Steve Rogers. Dia pada awalnya menggunakan gelaran Bucky, sempena nama rakan sepejuangan Rogers, Bucky Barnes sebelum menukar ke gelaran baru iaitu Battlestar.


Setakat ini, kemunculan watak baru Battlestar dalam siri Disney+ akan datang masih dianggap spekulasi kerana gambar yang bocor dilaman sosial tidak cukup kuat untuk mengaitkan karakter tersebut.

Plot Falcon and the Winter Soldier masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat kemungkinan bahawa Falcon, yang diberi tanggungjawab sebagai Captain America oleh Rogers dan Winter Soldier bakal berhadapan dengan U.S. Agent yang diangkat menjadi Captain America yang baru oleh pihak kerajaan.

Ketua kreatif yang juga penulis siri, Derek Kolstad mendedahkan bahawa siri akan datang memiliki aura seperti francais John Wick.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan akan disiarkan di Disney+ mulai Ogos tahun hadapan.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee