Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru Diset Penggambaran Black Widow Dedahkan Pandangan Pertama Villain Dipercayai Taskmaster


Penggambaran filem Black Widow kini sedang rancak berjalan di Budapest, dan gambar terbaru diset penggambaran filem tersebut telah mendedahkan pandangan pertama karakter ‘villain’ yang dipercayai adalah Taskmaster.

Dalam gambar tersebut, ia menunjukkan dengan jelas seorang lelaki memakai sut dan kenderaan berperisai sedang mengejar kenderaan yang dinaiki Natasha Romanoff a.k.a Black Widow.

Anda boleh lihat gambar-gambar terbaru di bawah yang dikongsikan salah seorang pengguna laman Twitter.

Taskmaster pertama kali diperkenalkan dalam komik The Avengers #195 pada tahun 1980. Walaupun sering peranan utamanya sebagai supervillain, Marvel kadang kala menukar karakter tersebut sebagai antihero. Taskmaster memiliki kelebihan dari segi intelek, fizikal, pakar seni mempertahankan diri, pengunaan senjata serta mahir dari segi strategi, penyamaran dan juga taktikal

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan dibintangi Scarlett Johansson, Florence Pugh, David Harbour serta Rachel Weisz.


Filem ini sedang menjalani penggambaran dan dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee