Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru Di Set Penggambaran The Eternals Paparkan Persiapan Set Kota Purba Babylon

Nampak gayanya, filem The Eternals mungkin akan menjadi permulaan paling awal dalam garis masa Marvel Cinematic Universe (MCU). Dalam perkembangan terbaru, beberapa gambar dari set penggambaran filem The Eternals telah mendedahkan serba sedikit latarbelakang dalam filem itu nanti.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan krew penggambaran sedang membina replika Kota Babylon dengan layarbiru dipercayai akan digunakan dalam proses mencipta visual gerbang Ishtar Babylon, yang juga merupakan salah satu mercu tanda kota itu.

Babylon akan menjadi empayar pertama para dewa The Eternals, dan beberapa laporan telah mengesahkan bahawa filem terbaru Marvel itu akan ditetapkan ribuan tahun dahulu.

Berdasarkan komik, kota Babylon menyimpan sebuah buku magis dikenali sebagai Book of the Vishanti, dan seorang pahlawan Eternals dikenali sebagai Thena telah bertarung dengan Devian Kro kira-kira 2500 tahu dahulu. Dia berpeluang untuk membunuh musuhnya itu, namun tidak berbuat demikian. Namun setelah beberapa lama, kedua-dua semakin rapat sehingga mewujudkan perasaan romantik. Terdapat teori bahawa versi komik ini mungkin akan dijadikan insipirasi untuk filem akan datang.

The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Mereka akan turut disertai, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman

Filem ini diarahkan oleh Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo. Marvel Studios telah menetapkan tarikh tayangan The Eternals pada 6 November tahun hadapan.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment