Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru Darkseid Untuk Filem Terbaru HBO Max, JUSTICE LEAGUE Telah Didedahkan

Hujung minggu lalu, Zack Snyder mendedahkan bahawa karakter villain Darkseid bakal membuat penampilan dalam filem Justice League untuk perkhidmatan streaming HBO Max.

Sebentar tadi, pengarah tersebut telah kongsikan gambar terbaru penjahat tersebut dalam versi berwarna dimedia sosial Twitter miliknya. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Gambar yang dikongsikan Snyder telahpun didedahkan tahun lalu semasa kempen #ReleaseSnyderCut, tetapi ianya dalam versi hitam putih.

Selepas berkempen bertahun-tahun, Warner Bros. akhirnya melepaskan filem Justice League versi suntingan Zack Snyder dengan bajet tambahan sekitar $20 hingga $30 juta. Filem tersebut akan disiapkan sepenuhnya mengikut visi Snyder dan akan mula menemui penonton tahun hadapan di perkhidmatan streaming HBO Max.

Justice League ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Zack Snyder dan Terrio. Ditayangkan pada 2017, filem adiwira DC ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, dan dianggap dipentas box office apabila hanya meraih $658 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $300 juta dolar.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment