Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Gambar Terbaru Crisis on Infinite Earths Paparkan ” Pasangan Kembar” Lois Lane Berswafoto

Pelakon Elizabeth Tulloch (Supergirl, Grimm) telah kongsikan gambar belakang tabir bersama rakan pelakonnya iaitu Erica Durance (Smallvile, Supergirl). Kedua-dua aktres itu akan memainkan peranan sebagai Lois Lane dalam siri crossover terbaru Arrowverse iaitu Crisis on Infinite Earths. 

Anda boleh saksikan gambar mereka berdua dibawah.

‘Crossover’ Crisis on Infinite Earths akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 6 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Siri keempat ‘crossover’ akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan akan berakhir menerusi siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch serta Erica Durance sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning, Kevin Conroy Bruce Wayne dan Ashley sebagai Huntress

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment