Peminat – peminat Marvel khususnya Captain Marvel kini berpeluang melihat penampilan pertama Carol Danvers sebagai Captain Marvel. Awal pagi tadi, Entertainment Weekly telah mendedahkan pandangan pertama filem Captain Marvel. Selain Carol Danvers, ia turut menampikan pandangan petama Jude Law sebagaiĀ Starforce commander, ketua angkatan tentera Starforce, Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury, Ronan the Accuser dan juga penjahat filem ini iaitu Skrull.
Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah.
Captain MarvelĀ akan mengisahkan tentangĀ Carol Danvers yang bakal menjadi adiwira paling hebat di galaksi semasa Bumi terperangkap dalam perang galaktik antara dua bangsa makhluk asing iaitu Kree dan Skrull. Ianya akan berlatarbelakang awal 90an dan akan menceritakan sejarah yang tidak pernah ditunjukkan dalam Marvel Cinematic Universe.
Filem ini turut dibintangil oleh Samuel L. Jackson, Clark Gregg, Ben Mendelsohn,Ā Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, with Annette Bening, dan Jude Law.
Gambaran pertama filem Captain Marvel, tak sabar nak tengok ke??#Kakimuvee #CaptainMarvel pic.twitter.com/faOj8CCSjb
— Kakimuvee (@kakimuvee) September 6, 2018