Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru Black Adam Soroti Dwayne Johnson Sebagai Antihero Terhebat

Tiga gambar terbaru Black Adam telah didedahkan (via Total Film), menawarkan pandangan lebih jelas Dwayne Johnson dengan sut ikonik anti-hero popular DC itu. Filem superhero komik terbaru Warner Bros. itu dijadualkan tayangan pada 29 Julai 2022. 

Gambar-gambar tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, mendedahkan pandangan di sebalik tabir dari video pertama, yang pertama kali ditayangkan semasa DC FanDome 2021 Oktober yang lalu.

Black Adam akan dipimpin oleh Dwayne Johnson sebagai Teth-Adam atau anti-hero yang digelar Black Adam. Kisah latarbelakangnya pertama kali digoda semasa filem Shazam! yang ditayangkan pada 2019. Ini menandakan debut ‘live-action’ watak itu setelah hanya muncul dalam rancangan animasi dan filem seperti Young Justice. Adaptasi filem ini juga diharapkan dapat menampilkan pengenalan filem live-action dari Justice Society of America.

Menyertai Johnson adalah Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, dan Aldis Hodge sebagai Hawkman. Barisan pelakon lain termasuklah Sarah Shahi, Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer, dan Uli Latukefu dalam peranan yang tidak didedahkan.

Berdasarkan watak Komik DC yang cipta oleh Otto Binder dan C.C. Beck, filem ini diarahkan oleh Jaume Collet-Serra (The Shallows, Jungle Cruise) dari skrip yang ditulis oleh Rory Haines dan Sohrab Noshiryani. Penerbitnya adalah Johnson, Dany Garcia, dan Hiram Garcia dari Seven Bucks Productions bersama dengan Beau Flynn dari FlynnPicturesCo, dengan Scott Sheldon mengawasi projek untuk FlynnPictureCo.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment