
Penggambaran siri Marvel Disney+ The Falcon and the Winter Soldier sedang rancak berjalan.
Kali ini, laman Just Jared telah kongsikan gambar terbaru dari set penggambaran minisiri terbitan Marvel Studios itu, yang menampilkan Anthony Mackie dan Sebastian Stan meneruskan perjuangan rakan mereka yang telah bersara, Steve Rogers.
Sebastian Stan was seen masking up in between takes on the set of #TheFalconAndTheWinterSoldier last night in Georgia – see the new pics! https://t.co/GYT7OK20oP
— JustJared.com (@JustJared) September 26, 2020
Perincian plot masih belum didedahkan, tetapi siri enam episod ini akan menjadi penggembaraan global kerana kedua-dua wira itu bekerjasama dengan Sharon Carter (Emily VanCamp) dalam usaha menghentikan konspirasi baru yang dilakukan oleh penjahat terkenal, Baron Zemo (Daniel Brühl) .
The Falcon and the Winter Soldier merupakan salah satu siri Marvel Disney+ akan datang. Siri ini dibintangi pelakon seperti Anthony Mackie (Avengers: Endgame), Sebastian Stan (Avengers: Endgame), Daniel Brühl (Captain America: Civil War), Emily VanCamp (Captain America: Civil War), Wyatt Russell (Overlord), Adepero Oduye (The Big Short), Desmond Chiam (The Shannara Chronicles), Miki Ishikawa (The Terror), Noah Mills (The Enemy Within), dan Carl Lumbly (Supergirl).
Kari Skogland (The Punisher) mengarah kesemua enam episod minisiri ini dengan Malcolm Spellman (Empire) bertindak sebagai ‘showrunner’.
The Falcon and the Winter Soldier akan bersiaran di laman penstriman Disney+ pada 2021.