Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Set The Falcon and The Winter Soldier Dedahkan Pandangan Pertama Sebastian Stan Sebagai Bucky


Penggambaran rancangan televisyen Disney+ The Falcon and the Winter Soldier telahpun bermula beberapa minggu yang lalu, dan kini gambar dari set penggambaran telah memberikan pandangan pertama pelakon Sebastian Stan sebagai Bucky a.k.a Winter Soldier.

Anda lihat gambar-gambar tersebut dibawah yang diambil dari laman web Just Jared,

The Falcon and The Winter Soldier dibintangi Anthony Mackie dan Sebastian Stan yang akan membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier.

Mereka akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter serta pendatang baru dalam dunia MCU, Wyatt Russell yang memainkan peranan sebagai U.S Agent.

Setakat ini, plot masih lagi tidak diketahui, tetapi menurut penulis Derek Kolstad, siri ini akan memiliki aura seperti francais John Wick.


The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan akan disiarkan di Disney+ mulai Ogos tahun hadapan.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee