Gambar Set Penggambaran Titans Paparkan Pandangan Pertama Superboy

140
views

Penggambaran siri televisyen Titans musim kedua sedang rancak berjalan. Musim terbaru ini bakal menampilkan beberapa watak baru, antaranya Superboy.

Terbaru, gambar dari set penggambaran siri tersebut didedahkan kepada umum dan gambar tersebut turut memberi pandangan pertama watak Superboy. Anda boleh lihat gambarnya dibawah.

Conner Kent/Superboy dilakonkan oleh aktor  Joshua Orpin dan dalam siri ini, Superboy digambarakan seorang remaja yang ingin mencari kebenaran tentang kisah lampau serta tujuan hidupnya. Ketika mencari jawapan, dia menjumpai kumpulan Titans dan mendapati Titans diibaratkan sebagai keluarganya.

Musim kedua siri ini juga turut menampilkan beberapa watak baru antaranya Esai Morales sebagai Deathstroke, Chella Man sebagai anak lelaki Deathstroke, Jericho Wilson, Chelsea T. Zhang sebagai anak perempuan Deathstroke, Rose Wilson (aka The Ravager), Iain Glen sebagai Bruce Wayne, Natlie Gumede sebagai Mercy Graves dan Drew Van Acker sebagai Aqualad.

Titans dibintangi pelakon Brenton Thwaites yang membawakan watak Dick Grayson/Robin, Teagan Croft sebagai Raven, Anna Diop sebagai Koriand’r/Starfire, Alan Ritchson dan Minka Kelly sebagai Hawk dan Dove, manakala Bruno Bichir sebagai Dr. Niles Caulder, dan Lindsey Gort sebagai Police Detective Amy Rohrbach.

Siri televisyen Titans bersiaran dilaman streaming DC Universe.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here