Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Gambar Set Penggambaran ‘Spin Off’ Game of Thrones Dedahkan Pandangan Pertama Karakter Lakonan Naomi Watts

Prekuel Game of Thrones kini sedang sibuk menjalani penggambaran di Itali, dan terbaru sekeping gambar dari set penggambaran telah dikongsikan di media-media sosial.

Gambar tersebut memberi pandangan pertama pelakon Naomi Watts yang mana karakternya masih lagi tidak didedahkan kepada umum. Dalam gambar tersebut, ia menunjukan Watts sedang memakai kostum gaun berwarna keemasan. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah.

HBO setakat ini masih lagi tidak mendedahkan plot dan karakter kepada para peminat siri Game of Thrones. Bagaimanapun, peminat berspekulasi bahawa siri prekuel ini akan berkisarkan tentang cubaan pertama The White Walkers untuk memusnahkan manusia.

Jane Goldman menjadi ‘showrunner’ untuk siri ini, manakala S.J. Clarkson akan mengarahkan episod pilot.

Para pelakon turut terdiri daripada Naomi Ackie, Denise Gough, Miranda Richardson, Josh Whitehouse, Jamie Campbell Bower, Sheila Atim, Ivanno Jeremiah, Alex Sharp dan Toby Regbo. Penggambaran kini dibuat dibawah tajuk “Bloodmoon” dan dijangka tajuk tersebut akan berubah. Siri spin off ini bakal disiarkan HBO mulai tahun hadapan.

Related posts

Adakah Loki Akan Mencapai “Tujuan Gemilangnya”?

Kakimuvee

New Documentary Series on Secret Asian Drug Epicenter premieres exclusively on HBO GO July 23

Kakimuvee

NEW HBO LIMITED SERIES THE WHITE LOTUS DEBUTS JULY 12 EXCLUSIVELY ON HBO GO AND HBO

Zulaikha

Siri Prekuel “Supernatural” Kini Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Disney+ Bakal Terbitkan Siri Musikal “Beauty and the Beast”

Kakimuvee

THE COUNTDOWN BEGINS AS GLOBAL RICK AND MORTY DAY BLASTS THE MULTIVERSE

Kakimuvee

Leave a Comment