
Filem Kraven the Hunter sedang giat menjalani penggambaran di UK, dan peminat kini dapat melihat pandangan terbaru Aaron Tylor-Johnson sebagai watak utama.
Dalam beberapa gambar yang dikongsikan laman JustJared, kedua-dua pakaian yang dipakai oleh Taylor-Johnson tidak mempunyai banyak persamaan dengan versi penjahat dari buku komik Spider-Man. Mungkin, sedikit masa lagi kita akhirnya akan didedahkan dengan kostum sebenar Kraven the Hunter.
Качок Аарон Тэйлор Джонсон на новых кадрах со съёмок «Крэйвена-охотника». #KravenTheHunter #AaronTaylorJohnson pic.twitter.com/L25i1RrX9N
— Emirgamzayev Orxan (@OrXaNcHiK) April 22, 2022
Aaron Taylor-Johnson was spotted filming an intense action scene today in London's Hyde Park. Could it be for #KravenTheHunter? See the photos! https://t.co/ZUrz6SfQJg
— JustJared.com (@JustJared) April 22, 2022
Dalam Kraven the Hunter, imigran Rusia Sergei Kravinoff (Taylor-Johnson), aka Kraven the Hunter, sedang melakukan misi untuk membuktikan bahawa dia adalah pemburu terhebat di dunia
Calon Oscar J.C. Chandor (Triple Frontier) akan mengarahkan filem ini dari lakon layar yang ditulis oleh Richard Wenk (The Equalizer, The Magnificent Seven), Matt Holloway dan Art Marcum. Avi Arad dan Matt Tolmach akan berkhidmat sebagai penerbit.
Menyertai Aaron Taylor-Johnson adalah bintang West Side Story, Ariana DeBose. Bagaimanapun, watak DeBose masih belum disahkan, dan berkemungkinan dia akan memainkan peranan sebagai Calypso, pendeta wanita voodoo yang merupakan rakan kongsi dan kekasih Kraven.
Kraven the Hunter akan menjadi babak seterusnya dalam Spider-Man Universe (SSU) milik Sony dan dijangka tayang pada 13 Januari 2023.