Berita

[GAMBAR] Robert Pattinson Bina Badan Demi Batman

Views

Pemilihan Robert Pattinson sebagai Batman dalam filem The Batman arahan Matt Reeves menerima reaksi bercampur-campur dari peminat. Antara yang dipersoalkan adalah bentuk fizikalnya yang jauh berbeza dari pelakon Ben Affleck.

Seperti yang anda tahu, para pelakon di Hollywood memberi 100% komitmen dalam menjaya watak lakonan mereka, dan salah satu yang dititikberatkan mereka adalah perubahan fizikal demi watak.

Demi menjayakan watak Batman, pelakon Robert Pattinson telah menjalani rejim latihan yang ketat untuk mengubah fizikal badannya.

Berdasarkan petikan dari majalah Healthy For Man (viaThe Direct), Pattinson telah melakukan larian setiap hari, mengamalkan diet yang ketat, dan menjalani latihan fizikal – yang mana dia tidak perlu mendapatkan tubuh badan yang begitu sasa, tetapi sebaliknya nampak kemas dan kuat.

Berikut adalah butiran latihan seperti yang dinyatakan dalam majalah;

  • GYM – Getting abs, fast, has involved a regular five-minute cardio workout, then a circuit of bicycle crunches, dumbbell side bends, double crunches, and a superman – with three sets of 25 reps per move.
  • RUNNING – Pattinson will run 5-10km, three of four times per week
  • OUTDOORS – As well as hitting the gym, Pattinson has been doing military-style sandbag routines on the beach. He’s also boxing and has always been an advocate of long walks as a way of loosening up and freeing the mind.
  • DIET – The actor has cut down on alcohol and has stripped back on processed meat and fried foods as a way of accelerating his physical transformation.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál

BACA:  Money Heist Kembali Untuk Musim Ke-5 Di Netflix

Setakat ini, plot filem masih lagi belum didedahkan, tetapi menurut sumber, The Batman akan meneroka tahun-tahun awal Bruce Wayne sebagai Batman.

The Batman akan menemui penonton pada Oktober 2021

Tinggalkan Balasan

shares