
Empire Magazine telah kongsikan pandangan pertama Predator dalam filem prekuel Prey yang akan datang, menggoda rekabentuk terbaru makhluk pemburu itu ketika dia memburu musuh baharu, iaitu pahlawan Comanche.
Peminat yang melihat rekabentuk terbaru itu segera menyamakan dengan kostum asal yang digunakan oleh Jean-Claude Van Damme. Dalam filem asal, Van Damme memakai kostum predator sebelum berundur disebabkan dia merasakan kostum tersebut kurang praktikal dan menghalang pergerakan.
Penerbit kemudiannya mengubah kostum seperti yang anda lihat dalam filem pertama, dan tempat Van Damme digantikan dengan pelakon Keven Peter Hall.
New look at the Predator in #Prey via Empire pic.twitter.com/JqWEoM9IXB
— Nicholas Whitcomb (@Whos_Nick) July 7, 2022
Prey menjanjikan aksi yang sengit seperti filem asal tahun 80-an. Predator dalam filem akan datang belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya, dan ini memberikan kelebihan kepada protagonis Comanche Naru.
“Berlatarkan Negara Comanche 300 tahun yang lalu, “Prey” mengisahkan tentang seorang wanita muda, Naru, pahlawan yang garang dan berkemahiran tinggi. Dia telah dibesarkan dalam bayang-bayang beberapa pemburu paling legenda yang berkeliaran di Great Plains, jadi apabila bahaya mengancam tempat tinggalnya, dia bertindak untuk melindungi rakyatnya.
Mangsa yang diburunya, dan akhirnya berhadapan, ternyata menjadi pemangsa makhluk asing yang sangat hebat dengan senjata yang canggih dari segi teknikal, mengakibatkan pertarungan yang ganas dan menakutkan antara kedua-dua musuh.”
Prey diarahkan oleh Dan Trachtenberg, ditulis oleh Patrick Aison (Jack Ryan, Treadstone), dan diterbitkan oleh John Davis (Jungle Cruise, The Predator) dan Jhane Myers (Monsters of God), dengan Lawrence Gordon (Watchmen), Marty Ewing (It: Chapter Two), James E. Thomas, John C. Thomas dan Marc Toberoff (Fantasi Island) berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.