Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Legendary telah mendedahkan pandangan pertama The Texas Chainsaw Massacre, ansuran terbaru francais seram ikonik, yang akan berfungsi sebagai sekuel kepada filem asal arahan Tobe Hooper tahun 1974. Filem ini dijadualkan tayangan pada 18 Februari 2022, secara eksklusif di Netflix. 

Filem tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, menawarkan pandangan pertama kepada peminat tentang kemunculan Leatherface bersama-sama dengan watak baharu francais, yang dilakonkan oleh Elsie Fisher, Sarah Yarkin, Nell Hudson dan Jacob Latimore.

Dalam temubual dengan EW baru-baru ini, Fede Alvarez (Don’t BreatheEvil Dead) mendedahkan sedikit butiran mengenai filem akan datang, menyifatkan dia sebagai seseorang yang telah lama bersembunyi.


“Ia pada asasnya watak yang sama, yang masih hidup,” goda Alvarez. “Pendapat kami adalah lelaki ini mungkin menghilang selepas semua yang dia lakukan. Anda tahu, bagaimana anda menangkap seorang lelaki yang mempunyai topeng? Sebaik sahaja dia menanggalkan topeng dan melarikan diri, sangat mudah baginya untuk bersembunyi di suatu tempat. Cerita ini akan mengambil masa bertahun-tahun selepas cerita asal. Dia telah bersembunyi untuk masa yang lama, cuba menjadi orang yang baik. Orang-orang yang tiba di bandar ini akan membangkitkan raksasa itu.”

The Texas Chainsaw Massacre diarahkan oleh David Blue Garcia (Tejano) dari lakonlayar yang ditulis oleh Chris Thomas Devlin (Cobweb), berdasarkan cerita oleh Fede Alvarez dan Rodo Sayagues. Ia berfungsi sebagai kesinambungan kepada filem seram klasik tahun 1974 arahan Tobe Hoope dan Kim Henkel, memperkenalkan semula salahs atu penjahat paling ikonik dalam genre seram kepada generasi baharu. 

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee