Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Pertama Superhero Terbaru Marvel, The Inhumans

Gambar pertama siri TV Inhumans

Marvel semakin rancak membawa karakter-karater komiknya ke siri Live-action, samada dalam bentuk sinamatik mahupun siri TV. Bermula dari siri filem Iron Man, membawa kepada pembentukkan The Avengers, kemudian mereka melancarkan siri TV Agent of S.H.I.E.L.D, Iron Fist, The Defender, kini yang terbaru Inhuman.

Inhumans yang sepatutnya muncul lebih awal terpaksa ditangguhkan kemunculannya disebabkan beberapa isu. Kini mereka tersenarai dalam barisan siri filem dan tv dalam dunia Marvel Cinematic Universe apabila stesen tv ABC akan menayangkan siriĀ Inhumans dalam tahun ini.

The Inhumans merupakan siri “standalone”, dan berlatarbelakangkan di penempatanĀ golongan Inhumas iaitu di Attilan dan juga dibeberapa tempat dibumi.

Poster siri Inhumans

Marvel telah mengeluarkan gambar pertama golongan diraja ini yang menampilkan beberapa watak utama diantaranya Gorgon, Karnak, Black Bot, Medusa, Crystal dan Maximus yang merupaka villain dalam siriĀ Inhumans.

Scott Buck, Showrunner untuk siri menjanjikan sebuah drama keluarga diraja yang menarik dengan personaliti dan kuasa yang unik yang bakal ditunjukan dalam siri tersebut. Dua siri pertama Inhumans akan ditayangkan di pawagam IMAX (US sahaja) pada 1 September ini dan diikuti di saluran ABC sebulan selepas itu.

 

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment