Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Pertama Spider-Man: Far From Home Didedahkan

Penggambaran filem fasa keempat Marvel, Spider-Man: Far From Home secara rasminya telah bermula. Anda boleh lihat gambar pertama Tom Holland diset penggambaran filem tersebut yang dikongsikan oleh laman sosial JustJared.com dan Sophie Playle

Lokasi Stortford, England telah dipilih sebagai lokasi penggambaran filem kedua Spider-Man itu. Penggambaran dijangka akan dilakukan dibeberapa tempat di Eropah seiiring dengan latarbelakang filem tersebut di sekitar bandar-bandar utama di Eropah.

Filem sekuel Spider-Man akan menyaksikan aktor Jake Gyllenhaal akan membawakan peranan supervillain Mysterio, manakala Michael Keaton kembali membawakan watak Adrian Toomes/The Vulture dan kemungkinan besar, watak Mac Gargan, a.k.a. The Scorpion yang ditunjukkan dalam babak ‘post credit’ turut berada dalam filem kedua ini nanti.

Jadi peminat Spider-Man berpeluang melihat kumpulan supervillain The Sinister Six berada dalam filem akan datang dan berentap dengan Spider-Man.

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi filem Spider-Man: Far From Home diumumkan oleh pihak studio.

https://twitter.com/sophieplayle/status/1013708878603792385

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment