Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Pertama Pedro Pascal Dalam Filem Wonder Woman 1984 Telah Didedahkan


Pengarah filem Patty Jenkins telah mendedahkan gambar pertama pelakon Pedro Pascal dalam filem sekuel Wonder Woman 1984. Buat masa ini peranan karakter Pedro Pascal dalam filem adiwira wanita itu masih tidak diketahui. Anda boleh lihat gambar pertama karakter tersebut dibawah.

Berlatarbelakangkan era 80-an, Wonder Woman akan berhadapan dengan musuhnya yang terbaru itu Cheetah. Dalam sekuel kali ini, Kristen Wiig akan membawakan watak super-villain, The Cheetah. Selain itu juga dibintangi oleh Pedro Pascal serta menyaksikan kembalinya Chris Pine yang akan membawakan watak beliau, Steve Trevor.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Stephen Jones dan Gal Gadot bertindak selaku penerbit. Patty Jenkins kembali mengarahkan sekuel ini selepas kejayaan filem pertama Wonder Woman. 

Wonder Woman 1984 dijangka akan menemui penonton pada 1 November 2019


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee