
Drama terbaru MCB, Kairos telah mendedahkan gambar terbaru Lee Se Young. Kairos merupakan drama fantasi thriller yang berkisar tentang dua individu dari masa yang berbeza.
Kim Seo-Jin (Shin Sung-Rok) adalah seorang lelaki yang didorong hanya untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya. Berkat usahanya, dia menjadi eksekutif termuda di disebuah syarikat. Hidupnya sempurna, dengan isteri yang cantik iaitu Kang Hyun-Chae (Nam Gyu-Ri) dan seorang anak perempuan. Kehidupannya yang indah berubah sekelip mata apabila anak perempuannya telah diculik. Demi mengubah masa lampau, iaitu ketika anaknya diculik, Kim Seo-Jin telah menghubungi Han Ae-Ri (Lee Se-Young), yang tinggal di masa lampau, kira-kira satu bulan yang lalu.
Han Ae-Ri mempunyai hari-hari yang sibuk dengan pelajarannya dan bekerja sambilan demi mencari wang yang cukup untuk membayar kos pembedahan ibunya yang sakit. Pada suatu hari, ibunya tiba-tiba hilang. Han Ae-Ri menjadi putus asa, ketika Kim Seo-Jin, dari masa depan menghubunginya.
Kairos turut dibintangi pelakon seperti Shin Sung Rok dan Ahn Bo Hyun. Drama terbaru ini akan disiarkan pada 26 Oktober jam 9.30 malam waktu tempatan.
