Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Pertama Daniel Radcliffe, Rupert Grint & Emma Watson Dari Set ‘Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts’

Gambar pertama Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts

Gambar pertama dari set Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts, tayangan perdana khas retrospektif yang sangat dinanti-nantikan secara eksklusif di HBO GO pada 1 Januari, telah didedahkan hari ini, begitu juga dengan treler penggoda yang anda boleh lihat dibawah. 

Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts menyatukan semula Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, serta barisan pelakon lain dan pengarah dari kesemua lapan filem Harry Potter. Acara ini dibuat untuk meraikan ulang tahun filem pertama francais itu, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone


Rancangan istimewa retrospektif ini akan menceritakan kisah rekaan yang mempesonakan melalui temu bual mendalam yang serba baharu dan perbualan pelakon, menjemput peminat dalam perjalanan yang ajaib melalui salah satu francais filem yang paling disukai sepanjang zaman.

Alumni Harry Potter yang turut menyertai penghormatan yang tidak dapat dilupakan termasuklah Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Ralph Fiennes, Jason Isaacs, Gary Oldman, Tom Felton, James Phelps, Oliver Phelps, Mark Williams, Bonnie Wright, Alfred Enoch, dan Matthew Lewis.

Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts diterbitkan oleh Warner Bros. Unscripted Television dengan kerjasama Warner Horizon. Rancangan istimewa ini diterbitkan secara eksekutif oleh Casey Patterson dari Casey Patterson Entertainment (A West Wing Special to Benefit When We All Vote) dan Pulse Films (Beastie Boys Story).

Ikuti kesemua 8 filem Harry Potter atau strim Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses kini di HBO GO. Langgan HBO GO dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau di aplikasi mudah alih melalui App Store atau Play Store  dengan harga serendah RM23.30/bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment