
Pengarah Peyton Reed sebelum ini telah mengumumkan bahawa produksi Ant-Man and The Wasp: Quantumania telahpun selesai pada November tahun lalu, dan kini proses penggambaran semula sedang dijalankan.
Setakat ini, tiada sebarang seni promo telah dikongsikan di media sosial, tetapi beberapa gambar pertama di set penggambaran mula tersebar atas talian, yang memaparkan Paul Rudd sedang merakamkan babaknya sebagai Scott Lang.
Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah:
🚨BREAKING NEWS 🚨
— Ant-Man News 🐜 (@AntManNews) March 5, 2022
The FIRST SET PHOTOS of Paul Rudd filming for Ant-Man and the Wasp: #Quantumania in San Francisco have been revealed!
(via Daily Mail: https://t.co/5EtSSNw6Nl) pic.twitter.com/cIyaSv9xal
Dalam Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Paul Rudd dan Evangeline Lilly sekali lagi membawa watak kegemaran peminat iaitu Scott Lang/Ant-Man and Hope van Dyne/Wasp. Kedua-dua watak itu kali terakhir dilihat peminat semasa peristiwa Avengers: Endgame. Filem akan datang turut menyaksikan kepulangan Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Hank Pym dan Janet Van Dyne.
Setakat ini, penglibatan Michael Peña dalam filem akan datang masih belum diketahui. Watak lakonan Peña, iaitu Luis telah menjadi salah satu watak MCU yang sangat digemari peminat. Sementara itu, David Dastmalchian turut disahkan kembali sebagai Kurt.
Filem ketiga Ant-Man bakal memperkenalkan pendatang baru MCU iaitu Kathryn Newton (The Society, Freaky) yang akan memainkan peranan sebagai Cassie Lang, watak yang sebelum ini dilakonkan oleh Abby Ryder Fortson dalam filem pertama dan Emma Fuhrmann dalam filem Endgame. Watak penjahat utama, Kang the Conqueror akan dilakonkan bintang Lovecraft Country, Jonathan Majors.
Ant-Man and The Wasp: Quantumania sekali lagi diarahkan oleh Peyton Reed, berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Jeff Loveness (Rick and Morty). Filem terbaru MCU ini dijadualkan tayangan pada 28 Julai 2023.