Berita

Gambar Linda Hamilton Di Set Penggambaran Terminator

Views

Selepas gambar pertama Mackenzie Davis di set penggambaran filem reboot Terminator didedahkan, kini sebuah lagi gambar disebalik penggambaran filem tersebut telah dikongsi kepada peminat.

Gambar terbaru kali ini menampilkan pelakon Linda Hamilton yang kembali membintangi filem tersebut dengan membawakan watak ikoniknya iaitu Sarah Connor. Anda boleh lihat gambar pertama pelakon tersebut dibawah.

Penggambaran filem Terminator kini sedang dijalankan di bandar Madrid, Sepanyol.

Selain Mackenzie Davis dan Linda Hamilton, Arnold Schwarzenegger turut kembali dalam filem ini dengan melakonkan watak ikonik beliau. Turut serta adalah Natalia Reyes, Diego Boneta dan Gabriel Luna yang akan menjadi Terminator yang baru.

Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan filem ini pada 22 November 2019

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares