
Gambar tertiris Spider-Man: No Way Home nampaknya mengesahkan beberapa khabar angin yang telah tersebar di sekitar filem terbaru Marvel Cinematic Universe yang akan datang.
Dua imej telah bocor di media-media sosial; Yang pertama menunjukkan Tobey Maguire dan Andrew Garfield bersama-sama dengan Tom Holland. Penglibatan dua veteran Spider-Man itu paling kuat berputar, lebih-lebih lagi Garfield sering kali menafikan penglibatannya dalam filem ketiga Spider-Man MCU itu.
Satu lagi imej pula menampilkan pelakon Daredevil, Charlie Cox, yang kelihatan duduk bersama Parker dan Aunt May serta Happy Hogan. Jika imej ini benar, ia merupakan penampilan pertama Cox dalam MCU. Anda boleh lihat kedua-dua gambar tersebut dibawah.
Proofs that the other Charlie Cox leak is also true#SpiderManNoWayHome #SpiderManNoWayHomeleak pic.twitter.com/YwyYVsGhW4
— DOOM PATROL MOOD (@CapSparklFingrs) November 9, 2021
Spider-Man: No Way Home dibintangi Tom Holland yang akan memainkan watak sebagai superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.
Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi.
Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.
Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 Disember ini.