
Penggambaran Spider-Man 3 diteruskan di Atlanta, Amerika Syarikat, dan kini beberapa gambar belakang tabir mula tersebar di atas talian (via Just Jared), memberikan pandangan pertama Tom Holland dan Zendaya sebagai Peter Parker dan MJ.
Jika dilihat pada gambar, berkemungkinan besar Spider-Man 3 akan berlatarbelakangkan musim perayaan Krismas, bertepatan dengan tarikh tayangannya pada Disember nanti. Anda boleh saksikan gambar dibawah.
Zendaya and Tom Holland film scenes for #SpiderMan3 – see the set pics! https://t.co/HI2MOvIgVn
— JustJared.com (@JustJared) January 17, 2021
New video of Tom Holland and Zendaya filming Marvel Studios’ #SpiderMan3 🚨
— cosmic (@cosmic_marvel) January 17, 2021
(via @DailyMailUK) pic.twitter.com/Q14hHO0prh
Tom Holland is back in his superhero suit while filming #SpiderMan3 in Atlanta – check out the set pics! https://t.co/tSYwasw5Zf
— JustJared.com (@JustJared) January 17, 2021
Tom Holland kembali meneruskan peranannya sebagai Spider-Man bersama-sama Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Mereka berdua akan menentang Electro lakonan Jamie Fox dan Doctor Octopus lakonan Alfred Milina. Filem ketiga ini juga bakal menampilkan Zendaya (Euphoria, Dune) yang kembali sebagai MJ.
Susulan penyertaan Jamie Foxx dan Alfred Molina, yang meneruskan peranan mereka dalam francais terdahulu, beberapa khabar angin mula tersebar seperti potensi kepulangan Tobey Maguire dan Andrew Garfield sebagai Spider-man. Yang terbaru, Charlie Cox dilaporkan sertai filem akan datang dengan meneruskan perananya sebagai Daredevil.
Spider-Man 3 dijadualkan tayangan pada 17 Disember 2021.