Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar – Gambar Terbaru Transformers: The Last Knight Di Set Pengambaran

transformers-5-last-knight-score-steve-jablonsky

Filem terbaru Transformers: The Last Knight telah pun menjalankan pengambaran mereka beberapa minggu yang lalu dan terbaru, sebuah laman web hiburan, ComingSoon.net telah mendedahkan beberapa gambar transformers antaranya Bumblebee dan Hot Rod sedang menjalani sesi pengambaran untuk filem terbaru trilogi Transformers.

filem trilogi terbaru ini bakal menggabungkan pelakon-pelakon asal filem dan juga pelakon dari trilogi keempat iaitu Transformers: Age of Extinction. Antara pelakon tersebut, Josh Duhamel (Colonel Lennox), Tyrese Gibson (Sergent Robert Epps), Mark Wahlberg (Cade Yager) dan Stanley Tucci (Joshua Joyce) disamping beberapa muka baru dalam filem kelima Transformer ini.

Filming scenes of 'Transformers: The Last Knight' outside of Buckingham Palace

Gambar – gambar yang didedah menunjukan krew produksi sedang menjalani pengambaran di sekitar jalan raya di Kota London dan juga di Buckingham Palace.

Filming of 'Transformers: The Last Knight' in Central London Filming of 'Transformers: The Last Knight' in Central London

Transformers: The Last Knight ini akan pergi zaman perang dunia ke – 2 dan juga ke zaman King Arthur. Filem ini telah memulakan pengambaran di Detroit sebelum menjalani pengambaran di Cuba dan sekarang di Kota London. Filem terbaru ini juga kita boleh melihat Transformers terbaru, iaitu Hot Rod yang bakal membuat kemunculan pertama dalam filem. Hot Rod merupakan rakan seperjuangan Bumblebee dalam siri animasi Transformer.

Filming Transformers

Filming of 'Transformers: The Last Knight' in Central London Featuring: Lamborghini Where: London, United Kingdom When: 11 Sep 2016 Credit: WENN.com

Filming TransformersFilming Transformers

Untuk melihat gambar-gambar lain, anda boleh lawati laman hiburan ComingSoon.net

Transformers: The Last Knight dikatakan mampu untuk mencapai status filem box office walaupun filem sebelum ini, Age of Extinction telah menerima kritikan teruk dari peminat filem.

Transformers: The Last Knight akan menemui penonton pada 23 Jun 2017 manakala filem solo Bumblebee akan ditayangkan pada 8 Jun 2018 diikuti filem Transformers 6 pada 28 June 2019

 

Related posts

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

Leave a Comment