Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Gambar-Gambar Terbaru Secret Royal Inspector Lakonan Kim Myung Soo & Kwon Nara

KBS telah melancarkan gambar-gambar terbaru drama akan datang, Secret Royal Inspector lakonan Kim Myung Soo dan Kwon Nara.

Secret Royal Inspector adalah drama misteri komedi yang mengisahkan tentang inspektor rahsia diraja yang menyamar untuk membongkar korupsi, menegakkan keadilan dan menyelesaikan masalah rakyat. Inspektor rahsia diraja adalah kedudukan yang unik dalam dinasti Joseon dan dilantik khas oleh raja. 

Kim Myung Soo memainkan peranan sebagai Sung Yi Kyum, pegawai awam di Hongmungwan (Pejabat Penasihat Khas) yang dilantik ke jawatan inspektor rahsia diraja. Kwon Nara berperanan sebagai Hong Da In, seorang damo (wanita yang bekerja di pejabat pemerintah Joseon) yang menyamar sebagai gisaeng (penghibur yang dilatih dalam bidang muzik dan seni).

Secret Royal Inspector akan bersiaran pada 21 Disember ini. Anda boleh saksikan gambar-gambar dibawah.

Related posts

“Vincenzo” & “Times” Capai Rating Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

7 HOT K-DRAMA LAWYERS YOU WANT ON YOUR SIDE

Isqandar

CELEBRATE WHITE DAY WITH OH!K THIS MARCH

Zulaikha

“The Penthouse 2” Terus Cipta Rekod Peribadi, Rating “Vincenzo” Menurun

Zulaikha

“The Penthouse 2” Cipta Rekod Peribadi Untuk Musim Kedua

Zulaikha

‘Sidekick’ Stephen Chow, Ng Man Tat Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun.

Isqandar

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman