Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar-Gambar ‘Resident Evil: Welcome to Raccoon City’ Yang Menampilkan Claire, Chris, Jill, Leon &… ‘Monster’?

IGN telah mendedahkan gambar promsi rasmi untuk filem terbaru Sony Pictures, Screen Gems dan Constantin Films, filem reboot Resident Evil, Welcome to Raccoon City, yang menampilkan watak-watak utama dalam filem akan datang. Anda boleh gambar-gambar tersebut dibawah. 

Gambar-gambar dibawah menampilkan beberapa watak yang dikenali dari tiga filem pertama permainan video Resident Evil: Claire Redfield (Kaya Scodelario), Leon S. Kennedy (Avan Jogia), Albert Wesker (Tom Hopper), Brad Vickers (Nathan Dales), Jill Valentine (Hannah John-Kamen), dan Chris Redfield (Robbie Amell). Turut dipaparkan adalah makhluk ngeri Lisa Trevor (Marina Mazepa), yang dilaporkan akan membawa peranan penting dalam filem akan datang. 

 

Resident Evil: Welcome to Raccoon City akan mengadaptasi dua permainan video “Resident Evil” yang pertama, dan turut menampilkan watak-watak utama dari permainan tersebutlah termasuk Claire Redfield dan Chris Redfield. Reboot terbaru ini hadir setelah lima tahun sejak studio Sony Pictures mengakhiri siri filem “Resident Evil” yang dipimpin Milla Jovovich.

“Resident Evil: Welcome to Raccoon City” akan menjadi kisah ‘origin’ rasmi kepada francais permainan video seram keluaran Capcom dan akan ditetapkan pada tahun 1998, pada waktu malam di kota Raccoon City ketika Umbrella Corporation melepaskan neraka dunia dan segalanya bergantung kepada beberapa yang terpilih untuk menghentikannya. 

Barisan pelakon terdiri daripada Kaya Scodelario (The Maze Runner) sebagai Claire Redfield, Hannah John-Kamen (Ant-Man and the Wasp) sebagai Jill Valentine, Robbie Amell (Upload) sebagai Chris Redfield, Tom Hopper (Black Sails) sebagai Albert Wesker, Avan Jogia (Zombieland : Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy, dan Neal McDonough (DC’s Legends of Tomorrow) sebagai William Birkin. Chad Rook (The Flash) dan Lily Gao (The Handmaid’s Tale) akan memainkan watak sampingan. 

Robert Kulzer menjadi penerbit untuk Constantin Films, bersama James Harris dari produksi Tea Shop Productions dan Hartley Gorenstein. Sony Pictures akan menjadi pengedar untuk pasaran antarabangsa.

Filem terakhir dalam francais pertama Resident Evil, Resident Evil: The Final Chapter arahan Paul W.S. Anderson dan lakonan Milla Jovovich berjaya mengaut $26.8 juta di pasaran US dan $285.4 juta dolar di pasaran antarabangsa. Diadaptasikan dari permainan video keluaran Capcom, francais Resident Evil telah mengutip lebih $1.2 billion seluruh dunia, dan menjadi francais adaptasi permainan video paling laris setakat ini. 

Resident Evil: Welcome to Raccoon City akan menemui penonton pada 24 November 2021.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment