Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Gambar-Gambar Terbaru “Squid Game” Yang Menampilkan Lee Jung Jae & Park Hae Soo

Netflix telah mendedahkan gambar karakter baru dari siri akan datang Squid Game, yang menampilkan watak lakonan Lee Jung Jae dan Park Hae Soo, yang merupakan dua sahabat baik dari kecil yang menyertai satu permainan – hanya untuk mengetahui bahawa ada banyak perkara yang perlu dipertaruhkan daripada hadiah wang semata-mata. 

Menurut Lee Jung Jae, wataknya Ki Hoon adalah salah satu watak “yang tidak pernah dialaminya sebelum ini”. Ki Hoon adalah seseorang yang pernah mengalami perceraian, kegagalan perniagaan, hutang, dan ketagihan judi. Dia watak yang tidak kehilangan harapan dan kemanusiaan walaupun di tengah-tengah putus asa.

Lee Jung Jae mengulas lanjut mengenai peranannya dengan berkata, “Saya berusaha untuk mengungkapkan rasa sakit yang berat yang tersembunyi di dalam walaupun menunjukkan semangat di luaran.” 

Sementara itu, Park Hae Soo akan membawa peranan Sang Woo, yang membesar dengan Ki Hoon di kawasan kejiranan yang sama. Dia seorang cemerlang dan melanjutkan pelajarannya di Universiti Nasional Seoul. Selepas berhutang banyak disebabkan keputusan yang salah, dia menjalani kehidupan yang berat, perlu menggunakan kebijaksanaannya dan bersifat dingin dalam permainan. Karakternya berbeza dari Ki Hoon. Seiring dengan jalan cerita, cita-cita mulai muncul ke permukaan dan pandangan di matanya bertukar semakin dingin. 

Anda boleh lihat gambar-gambar Lee Jung Jae dan Park Hae Soo dibawah. 

Squid Game adalah drama terbaru mengenai permainan survival misteri yang memberi hadiah sejumlah 45.6 billion won kepada pemenang. Siri terbaru ini akan ditayangkan di Netflix 17 September ini. 

Related posts

Teaser Baru Jirisan Papar Gandingan Hebat Gianna Jun & Ju Ji-hoon

Zulaikha

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Leave a Comment