Berita

Gambar Di Set Penggambaran Black Widow Dedahkan Sut Terbaru Natasha Romanoff

Views

Scarlett Johansson Black Widow

Black Widow mungkin sudah mati dalam Marvel Cinematic Universe, tetapi filem solo pertama pengintip Avengers itu (dan mungkin filem terakhir) pasti akan menjadi antara filem MCU yang paling dinantikan peminat.

Terbaru, beberapa keping gambar diset penggambaran Black Widow telah memberi sedikit kemaskini kepada para peminat. Gambar-gambar tersebut tidaklah berkualiti tinggi, tetapi memberi sedikit gambaran mengenai sut baru yang akan dipakai oleh Natasha Romanoff dalam filem solonya itu nanti.

Anda boleh lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman Twitter dibawah.

Sementara itu, Expo D23 juga turut memberi pandangan pertama sut putih yang akan dipakai oleh Black Widow. Sut putih itu digunakan oleh karakter Black Widow lakonan Scarlett Johansson semasa bertarung dengan karakter Yelena Belova lakonan Florence Pugh. Berikut adalah sedikit gambaran rakaman yang dikongsikan oleh ComicBook.com semasa di Expo D23 baru-baru ini.

ComicBook.com was on hand to watch the new footage shown, which had Natasha facing off against Yelena Belova, who fans will know from the comics as the other Black Widow for a time until she became an adversary and went kind of crazy. In the footage, the two are facing off and Johansson’s Black Widow is wearing an all-white suit.

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland manakala skrip ditulis oleh Jac Schaeffer dan Ned Benson. Filem terbaru Marvel ini dibintangi oleh Scarlett Johansson yang meneruskan wataknya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Dia turut dibantu pelakon Florence Pugh sebagai Yelena Belova, David Harbour sebagai Alexei Shostakov serta Rachel Weisz.

BACA:  Video Belakang Tabir Avengers: Endgame Paparkan Kraglin Turut Berjuang Bersama Avengers Menentang Thanos

Produksi kini sedang berlangsung dan dijangka akan berakhir pada September nanti. Tarikh tayangannya telah ditetapkan pada 1 Mei 2020.

Tinggalkan Balasan

shares