Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar ‘BTS’ “Thor: Love and Thunder” Sahkan Penglibatan Matt Damon

AMARAN SPOILER! Penggambaran “Thor: Love and Thunder” rancak berjalan di Australia, dan gambar belakang tabir terbaru serta video telah mengesahkan laporan media sebelum ini tentang penglibatan beberapa pelakon popular dari filem “Thor: Ragnarok”.

Menerusi beberapa gambar yang dikeluarkan Daily Mail, pelakon Matt Damon, Sam Neill dan Luke Hemsworth dilihat sedang menjalani penggambaran babak yang melibatkan mereka. Dalam filem sebelum ini, ketiga-ketiga pelakon popular itu telah membuat cameo dengan memainkan peranan aktor teater. Damon membawa peranan Loki manakala Neill sebagai Odin dan abang Chris Hemsworth, Luke Hemsworth sebagai Thor. 

Selain itu juga, sekuel arahan Taika Waititi itu akan memaparkan satu lagi teater lucu Asgardian, yang diadaptasikan dari peristiwa “Thor: Ragnarok”. Kali ini, Damon, Neill dan Hemsworth akan disertai Melissa McCarthy, yang memainkan peranan kakak Thor yang jahat, Hela, yang sebelum ini dilakonkan oleh Cate Blanchett. 

Anda boleh lihat gambar-gambar belakang tabir “Thor: Love and Thunder” dibawah.

“Thor: Love and Thunder” diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit)  yang turut menulis lakonlayar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Filem terbaru MCU itu merupakan kesinambungan “Thor: Ragnarok” (2017), dan ditetapkan selepas peristiwa “Avengers: Endgame”.

Pemenang Oscar Natalie Portman kembali meneruskan peranannya sebagai Jane Foster, dan kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson kembali meneruskan peranan mereka sebagai Thor dan Valkyrie, dan mereka berdua disertai pemenang anugerah Academy, Christian Bale (trilogi The Dark Knight) sebagai antagonis utama ‘Gorr the Bucther’.

Jaimie Alexandar turut kembali sebagai Sif, manakala ahli ‘Guardians of the Galaxy’ turut terlibat dalam filem keempat Thor. Christ Pratt akan memainkan peranan sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin dan Vin Diesel akan membuat penampilan sebagai Groot.

Jalan cerita Thor wanita berdasarkan pada plot komik “The Mighty Thor” karya Jason Aaron di mana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih mantle dan kekuatan Thor. Thor dan Valkyrie terakhir kali dilihat dalam filem terlaris sepanjang zaman “Avengers: Endgame”, dengan Dewa Petir memberikan tanggungjawabnya sebagai Raja Asgard kepada Valkyrie ketika dia bergabung dengan Guardians of the Galaxy dalam misi mereka yang seterusnya.

Thor: Love and Thunder” akan ditayangkan di pawagam pada 6 Mei 2022.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment