Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar BTS THE BATMAN Berikan Pandangan Lebih Jelas Sut Batman



Selepas seminggu pandangan pertama Robert Panttinson sebagai Batman didedahkan pengarah Matt Reeves, peminat kini dapat melihat dengan lebih jelas sut terbaru Batman menerusi beberapa gambar belakang tabir yang telah bocor hari ini.

Gambar-gambar tersebut memaparkan sut Batman yang jauh berbeza dari sut yang biasa kita lihat dimana dipenuhi dengan gajet dan senjata. Selain itu juga, peminat turut berpeluang melihat pandangan pertama kenderaan yang digunakan Batman. Anda boleh saksikan gambar-gambar dibawah dimana sut tersebut dipakai oleh stunt double Robert Pattinson.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál

The Batman diarahkan Matt Reeves berdasarkan skrip yang ditulisnya bersama Mattson Tomlin. Penggambaran kini sedang dijalankan dan akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee