Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Indiana Jones 5 kini sedang menjalani penggambaran di UK, dan terbaru, gambar belakang tabir dari filem tersebut telah muncul di atas talian menerusi media sosial Twitter (via IJ Adventure Outpost). Gambar-gambar terbaru itu telah memaparkan bintang kegemaran ramai, Harrison Ford yang kembali sebagai pengembara legenda Indiana Jones. Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah.

 

Indiana Jones 5 menyaksikan kepulangan Harrison Ford yang akan mengulangi salah satu peranannya yang paling ikonik iaitu sebagai penggembara legenda Dr. Henry “Indiana” Jones Jr. Ansuran terakhir ini juga turut diterajui oleh pemenang anugerah Emmy dan Golden Globe, Phoebe Waller-Bridge, yang akan memainkan peranan wanita utama disamping Ford. Turut menyertai barisan pelakon adalah Mads Mikkelsen, Thomas Kretschmann, Boyd Holbrook, dan Shaunette Renée Wilson.


Filem ini diarahkan oleh James Mangold (Logan) yang turut menulis lakonlayar bersama rakannya dari filem Ford v Ferrari, Jez dan John-Henry Butterworth. Mangold mengambil-alih kerusi pengarahan selepas Steven Spielberg mengumumkan pengundurannya dari projek filem ini pada tahun lalu. Bagaimanapun, Spielberg masih kekal sebagai penerbit. 

Indiana Jones 5 diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, pencipta francais Steven Spielberg, Frank Marshall dan Simon Emanuel dengan John Williams kembali menulis skor untuk filem ini. 

Lucasfilm menetapkan tarikh tayangan Indiana Jones 5 pada 29 Julai 2022.

Related posts

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Leave a Comment