Peminat-peminat Jurassic Park, bersedia untuk kembali ke Site B!
Pengarah Jurassic World 3: Dominion, Colin Trevorrow telah mendedahkan gambar terbaru dari sekuel akan datang, dan memberi hint kepada penonton bahawa mereka akan kembali ke Isla Sorna, pulau yang dipaparkan dalam fielm The Lost World dan Jurassic Park III.
Gambar tersebut memaparkan bekas penyimpanan sejuk yang besar dengan logo InGen di sebelahnya, dan juga perkataan yang bertulis “Site B” dan “Isla Sorna”. Ini bermaksud, kargo tersebut berasal dari pulau kedua yang terpisah dari taman tema seperti yang dilihat dalam filem The Lost World: Jurrasic Park.
Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.
Trevorrow Teases a Return to Isla Sorna in New Set Picture from #JurassicWorld Dominion https://t.co/2pSbaerddO pic.twitter.com/wU6eYscpGP
— Jurassic Outpost (@JurassicOutpost) August 7, 2020
Jurassic World 3: Dominion dibarisi pelakon seperti Chris Pratt sebagai Owen serta Bryce Dallas Howard sebagai Claire. Pelakon asal Jurassic Park iaitu Sam Neill, Laura Dern dan Jeff Goldblum kembali memainkan peranan masing iaitu Alan, Ellie dan Ian.
Penggambaran kini bersambung semula selepas dihentikan buat sementara waktu akibat pandemik COVID-19. Setakat ini Universal Pictures masih mengekalkan tarikh tayangan 11 Jun 2021 meskipun penggambaran tertangguh.