Berita

Gambar Bocor ‘THE BATMAN’ Mungkin Dedahkan Mangsa The Riddler

Views

Selepas beberapa gambar Batman bocor dilaman Internet, terdapat sekeping lagi gambar dari set penggambaran The Batman telah mula disebarkan para peminat serata dunia. Lebih menarik, gambar yang didedahkan itu mungkin mangsa kepada salah seorang musuh adiwira Gotham.

Menurut beberapa portal hiburan antarabangsa, gambar seorang lelaki yang dililit pita pelekat dan mempunyai tulisan dari darah (rujuk gambar dibawah), mungkin adalah mangsa kepada “The Riddler”, salah seorang musuh ketat Batman. Buat masa ini tidak dipastikan kebenaran laporan dari portal hiburan luar negara, tetapi tindakan Warner Bros. meng’klaim’ gambar tersebut dari media sosial mungkin mengesahkan pekara tersebut.

Dalam filem The Batman, watak The Riddler dilakonkan aktor Paul Dano. Jika pengarah Matt Reeves merancang untuk menjadikan buku komik Batman sebagai inspirasi kepada filem, peminat berpeluang melihat penggembaraan hebat Batman dalam menentang musuh-musuhnya.

Apapun, filem akan datang menjanjikan jalan cerita yang ‘dark’, dan berkemungkinan besar menjadi satu lagi filem adiwira ‘R-Rated’ terbitan Warner Bros.

BACA:  Lakaran Konsep STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER Paparkan Rekabentuk Terbaru "Star Destroyer"

Setakat ini, plot The Batman masih lagi tidak diketahui, cuma Reeves mengesahkan filem solo adiwira Gotham ini akan ditetapkan zaman awal Bruce Wayne sebagai Batman.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Diarahkan Matt Reeves berdasarkan skrip yang ditulisnya bersama Mattson Tomlini, The Batman dijadualkan tayangan pada 25 Jun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares