Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Bocor SPACE JAM 2 Dedahkan Penglibatan The Mask, Pennywise & Joker

Sesuatu yang menarik dari filem Space Jam 2. Beberapa keping gambar yang bocor dari filem sekuel tersebut telah mencuri perhatian para peminat dimana ia menampilkan beberapa karakter Warner Bros. seperti The Mask, Joker, Pennywise dan mungkin beberapa karakter popular WB yang lain.

Bagaimanapun, penglibatan karakter-karakter tersebut tidak dapat disahkan walaupun imej yang tersebar nampak seperti meyakinkan. Dan, jika benar gambar yang bocor itu datangnya dari filem Space Jam 2, tidak dapat dipastikan juga sama ada Jim Carrey dan Jared Leto akan memainkan karakter mereka dalam filem tersebut.

Space Jam 2 telah memulakan penggambaran pada Jun tahun lalu. Selepas pengunduran Terrence Nance disebabkan perbezaan kreatif, projek sekuel tersebut diambil alih Malcolm D.Lee (Night School), manakala pengarah Black Panther, Ryan Coogler bertindak selaku penerbit bersama-sama LeBron James.

Filem live action animasi itu turut dibintangi LeBron James sebagai diri sendiri, Sonequa Martin-Green sebagai Savannah James, dan Ceyar J. Wright sebagai LeBron “Bronny” James Jr., manakala pelakon suara terdiri daripada Eric Bauza sebagai Bugs Bunny dan Daffy Duck serta Kath Soucie sebagai Lola Bunny. Beberapa pemain NBA dan WNBA bakal membuat kemunculan sebagai watak cameo.

Space Jam 2 akan menemui penonton pada 16 Julai 2021.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment