Gambar Belakang Tabir Pennywise The Clown Di Set Penggambaran IT: Chapter 2

120
views

Filem sekuel IT: Chapter 2 telah lama memulakan penggambarannya di Toronto. Filem kedua tersebut akan menampilkan ahli kumpulan ‘The Losers’ Club’ yang sudahpun meningkat dewasa.

Dalam perkembangan terbaru, beberapa gambar belakang tabir yang didedahkan menunjukkan satu babak dari novel asal akan ditunjukkan dalam filem seram tersebut.

Seperti anda dilihat dibawah, karakter penjahat Pennywise yang dilakonkan oleh Bill Skarsgaard kelihatan sedang bergayut pada patung Paul Bunyan. Berdasarkan novel, Pennywise telah merasuk patung tersebut untuk menakutkan Richie dan menukarkan diri menjadi serigala dan ahli sihir untuk menakutkan beberapa ahli kumpulan ‘The Losers’ Club’

Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Loser’s Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

It: Chapter 2 ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama It. Selain itu juga, Bill Skarsgård akan turut kembali membawa watak Pennywise.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here