Gambar Belakang Tabir Mortal Kombat Mungkin Dedahkan Karakter Lakonan Lewis Tan

561
views

Bintangi siri televisyen Iron Fist, Lewis Tan merupakan salah seorang pelakon dalam filem reboot Mortal Kombat. Tidak seperti pelakon-pelakon lain, karakter yang bakal dibawa oleh aktor tersebut bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum.

Namun dalam sebuah perkongsian gambar yang dibuat oleh pelakon tersebut, dia mungkin memberi sedikit petunjuk mengenai identiti karakter lakonannya.

Tan kini sedang dalam persediaan untuk babak dalam filem adaptasi permainan video itu. Menerusi gambar yang dikongsikan di laman Twitter, peminat-peminat Mortal Kombat dapat mengenai pasti kedudukan meditasi yang ditunjukkan pelakon tersebut. Kedudukan meditasi yang ditunjukkan itu merupakan salah satu gaya yang dibuat oleh karakter Kung Lao dalam permainan video Mortal Kombat.

Setakat ini kaitan karakter Kung Lao dengan pelakon tersebut masih belum disahkan oleh pihak studio, namun Tan mendedahkan bahawa dia akan memainkan peranan utama dalam filem reboot itu nanti.

Tan akan turut disertai pelakon seperti Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade dan Josh Lawson sebagai Kano.

Mortal Kombat akan mengisahkan tentang seorang protagonis yang terlibat dalam pertarungan interdimensi, dan kemudiannya menyedari potensi sebenarnya selepas bertarung dengan lawan-lawannya.

James Wan dan syarikatnya, Atomic Monster akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins akan bertindak selaku penerbit eksekutif. Simon McQuoid akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudianBagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Penggambaran akan dilakukan di Australia pada penghujung tahun ini dan bakal menemui penonton pada 5 Mac 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here