Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga


Gambar belakang tabir terbaru Joker 2 telah tertiris di media sosial, yang mendedahkan gambaran pakaian Harley Quinn yang dilakonkan oleh penyanyi berbakat, Lady Gaga. 

Dalam gambar tersebut, penyanyi dan pelakon itu turut mengenakan solekan yang menunjukkan transformasinya untuk karakternya dalam filem akan datang. Filem sekuel yang diterajui Joaquin Phoenix itu dijadualkan tayangan pada 4 Oktober 2024.

Joker: Folie à Deux sekali lagi akan diarahkan oleh Todd Phillips, dan akan menampilkan kepulangan Joaquin Phoenix yang memainkan semula peranannya sebagai penjahat DC yang terkenal. Butiran lanjut tentang plotnya masih dirahsiakan, tetapi filem itu dilaporkan akan menampilkan beberapa elemen muzik.

Selain Phoenix dan Lady Gaga, filem akan datang turut menyaksikan kepulangan Zazie Beetz sebagai Sophie disamping pendatang baru fancais seperti Brendan Gleeson, Catherine Keener, Jacob Lofland and Harry Lawtey.

Filem pertama Joker telah ditayangkan pada 2019 dan berjaya mencipta kejayaan, bukan sahaja mendapat pujian para pengkritik dan penonton, malah ia mengecapi kejayaan box office yang cukup luarbiasa dengan mengutip AS$1.074 bilion dolar seluruh dunia. 



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee