Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Belakang Tabir Filem Terbaru Jumanji 2017

jumanji-poster

Seperti yang korang tahu bahawa Sony Pictures sedang menghasilkan filem terbaru Jumanji. Apa yang menarik mengenai filem pengembaraan ini ialah penglibatan bintang gusti Dwayne Johnson aka The Rock dalam filem ini dengan membawa watak Dr. Smolder Bravestone.

Antara bintang-bintang lain yang turut terlibat dalam pembikinan filem Jumanji ialah Kevin Hart’, Karen Gillan dan pelakon komedi terkenal Jack Black. Filem remake ini telah pun memulakan pengambaran mereka beberapa minggu yang lalu dan pelakon-pelakon yang terlibat telah berkongsi gambar-gambar disebalik tabir di media-media sosial mereka.

jumanji-2016

https://www.instagram.com/p/BK_sKZvDuiu/?taken-by=kevinhart4real

https://www.instagram.com/p/BLCGoNPjCxR/?taken-by=therock

https://www.instagram.com/p/BK_QbyygSC6/?taken-by=karengillanofficial

https://www.instagram.com/p/BLCXElmggYK/?taken-by=karengillanofficial

Jumanji berdasarkan buku kanak-kanak yang ditulis oleh Chris Van Allsburg pada tahun 1985 dimana ia mengisahkan permainan magik yang menyebabkan sebuah pekan kecil di Amerika diserang binatang dan tumbuhan liar. Filem asal dihasilkan pada 1995 yang diarahkan oleh Joe Johnston dan dibintangi oleh Robin Williams, Bonnie Hunt, Kirsten Dunst, Bradley Pierce, Jonathan Hyde, Bebe Neuwirth, David Alan Grier and Patricia Clarkson.

Dikhabarkan filem Jumanji terbaru ini lebih kepada sekuel bukan pembikinan semula.

Jumanji akan menemui penonton pada 28 Julai 2017

 

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment