Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Belakang Tabir Filem ‘Saw’ Dedahkan Pandangan Pertama Karakter Lakonan Chris Rock


Filem terbaru francais Saw arahan Darren Lynn Bousman kini sedang rancak menjalani penggambarannya. Bagi memberi keterujaan kepada peminat-peminat francais filem tersebut, Bousman telah mengunakan laman Instagram miliknya untuk berkongsi pandangan pertama Chris Rock dalam filem arahannya itu. Anda boleh lihat gambar tersebut diatas.

Chris Rock akan memainkan peranan sebagai seorang detektif yang menyiasat kes pembunuhan kejam. Dia akan turut disertai Samuel L. Jackson yang berperanan sebagai ayahnya, serta beberapa pelakon lain seperti Max Minghella dan Marisol Nichols akan memainkan peranan sebagai William Schenk, rakan setugas Rock dan Capt. Angie Garza.

Filem ini akan diterbitkan penerbit francais Saw sendiri iaitu Mark Burg dan Oren Koules. Skrip filem ditulis oleh Pete Goldfinger dan Josh Stolberg (Jigsaw) berdasarkan cerita yang ditulis Chris Rock. Manakala penerbit eksekutif terdiri daripada Daniel Heffner dan pencipta asal siri ini, James Wan dan Leigh Whannell.

Saw dijangka akan menemui penonton pada 23 Oktober, 2020


Related posts

Lionsgate Yakin Filem MICHAEL JACKSON Akan Menjadi Hit Terbesar Studios Itu

Kakimuvee

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Poster Terbaru Saw X Yang Mengilukan

Kakimuvee

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru & Lama

Kakimuvee

Ice Cube Sertai Dave Bautista Dalam Filem Aksi Komedi ‘The Killer’s Game’

Kakimuvee

[TRAILER] Lizzy Caplan & Antony Starr Bintangi Filem Seram ‘Cobweb’

Kakimuvee