Berita

Gambar Belakang Tabir AVATAR 2 Dedahkan Bagaimana Penggambaran Bawah Air

Views

Setelah tertunda selama beberapa minggu akibat pandemik COVID-19, penggambaran sekuel Avatar di New Zealand kembali bersambung.

Dalam perkembangan terbaru, penerbit Jon Landau telah kongsikan sekeping gambar belakang tabir yang memaparkan penggambaran di dalam air untuk salah satu babak dalam filem akan datang.

Penerbit itu juga turut kongsikan sedikit butiran lanjut mengenai Avatar 2 kepada peminat.

"Jake dan Neytiri mempunyai keluarga dalam filem ini, mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka, dan keluar menjelajahi daerah-daerah yang berlainan di Pandora, termasuk menghabiskan banyak waktu di perairan, serta di dalam air."

Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Watak Colonel Miles Quaritch lakonan Stephen Lang dilaporkan turut kembali dalam 4 sekuel akan datang, dan kekal menjadi watak penjahat utama sepanjang keseluruhan filem. Penggambaran Avatar 2 dan Avatar 3 telah bermula sejak 25 September 2017.

Avatar 2 telah ditetapkan tarikh tayangan pada 17 Disember 2021, manakala Avatar 3 pada 22 Disember 2023. Filem Avatar 4 telah ditetapkan pada 19 Disember 2025 dan Avatar 5 pada 17 Disember 2027. Bagaimanapun, perancangan filem Avatar 4 dan bergantung pada kejayaan box office dua filem Avatar sebelum itu

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks