Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gal Gadot Jelaskan Ketiadaan Pedang & Perisai Dalam Trailer Wonder Woman 1984


Pada minggu yang lalu, peminat telah didedahkan dengan trailer penuh filem yang dinantikan Wonder Woman 1984. Dalam trailer tersebut, ia memaparkan beberapa aksi Wonder Woman menumpaskan musuh menggunakan ‘Golden Lasso’ miliknya.

Namun, terdapat sedikit kekurangan dalam trailer tersebut. Pedang dan perisai Wonder Woman langsung tidak kelihatan, sedangkan kedua-dua senjata tersebut merupakan senjata utama ‘superheroin’ itu dalam filem pertamanya.

Memandangkan peminat tertanya-tanya kemana perginya kedua-dua senjata milik Wonder Woman itu, bintang utamanya, Gal Gadot tampi memberi penjelasan semasa temubual bersama wartawan CinemaBlend. Menurut pelakon tersebut, pengarah Patty Jenkins telah membuat keputusan untuk tidak melibatkan senjata dalam filemnya.

“Wonder Woman tidak membawa sebarang senjata,”.

“Kami mempunyai niat untuk melepaskan pedang, kerana ia sesuatu yang sangat agresif. Jika anda mempunyai pedang, ia bermakna anda perlu menggunakannya. Jadi kami tidak mahu. Dan kita juga merasakan bahawa tidak perlu menggunakan perisai. Dia seorang dewi, dia boleh bertarung, dia sangat kuat, dan dia mempunyai kemahiran. Dia juga mempunyai gauntlets. Dia mempunyai lasso. Dia mempunyai tiara dia, itu sahaja”


Penjelasan yang boleh diterima kerana Wonder Woman merupakan superheroin yang sangat kuat dan mampu untuk bertarung tanpa menggunakan sebarang senjata dan perisai.

Wonder Woman 1984 akan berlatarbelakangkan era 80an dimana Wonder Woman akan bertemu seterunya terhebatnya iaitu The Cheetah lakonan Kristen Wiig. Filem akan datang turut dibintangi Pedro Pascal dan Chris Pine yang kembali memainkan peranannya sebagai Steve Trevor.

Filem ini diterbitkan Patty Jenkins, bersama-sama Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot. Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 5 Jun 2020


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee