Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman


Konflik Israel-Palestine turut mendapat perhatian selebriti-selebriti terkenal Hollywood. Ada yang menyokong Palestine dan ada juga yang menyokong negara haram itu. Namun, komen dari seorang pelakon ini telah mendapat kecaman yang cukup teruk, bukan sahaja dari masyarakat, tetapi dari selebriti dan warga media.

Bintang Wonder Woman kelahiran Israel, Gal Gadot telah trending di Twitter pada Khamis yang lalu selepas perkongsiannya di Instagram mendapat perhatian orang ramai. 

Kenyataannya berbunyi, “Hati saya hancur. Negara saya sedang berperang. Saya bimbang dengan keluarga saya, rakan-rakan saya. Saya bimbangkan orang-orang saya. Ini adalah kitaran jahat yang telah berlangsung terlalu lama. Israel berhak untuk hidup sebagai negara yang bebas dan aman. Jiran kita juga berhak. Saya mendoakan mangsa dan keluarga mereka, saya berdoa agar permusuhan yang tidak dapat dibayangkan ini berakhir, saya berdoa agar para pemimpin kita dapat mencari jalan keluar agar kita dapat hidup berdampingan dengan aman. Saya berdoa untuk hari yang lebih baik.”

Sentimen pro-perdamaian, rasa hormat-kedua-dua pihak yang dikeluarkan Gadot mungkin kedengaran seperti baik, tetapi ada yang membantah pelakon itu menggunakan istilah “jiran” yang ramah di tengah konflik menembak roket dan dalam masa yang sama, menyokong Israel. Gadot pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai askar di Angkatan Pertahanan Israel (yang wajib disertai oleh semua warga Israel yang berusia lebih dari 18 tahun), sesuatu yang juga telah menjadi topik perbalahan.

Seorang penulis-aktivis, Aaron Vallely telah menulis “Kenyataan Gal Gadot jauh lebih buruk daripada video ‘tone-deaf’ tahun lalu. ‘Bebas dan Selamat.’ Negara yang sama yang melakukan penjajahan ketenteraan, pencurian tanah dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin. #FreePalestine.”


Sementara itu, penulis lagu James Kennedy telah membalas kenyataan Gal Gadot; “Gal Gadot salah. Israel tidak berperang dengan Palestin. Israel membantai Palestin. Sekali lagi.”

Askar Israel yang menjadikan jutawan Wonder Woman Hollywood, Gal Gadot mengirimkan pemikiran dan doa yang tidak bermakna ketika rejim apartheid Israel yang dia sokong telah melakukan pembersihan etnik Palestin dan mengebom warga Gaza di kem penjara terbuka.” tulis Ben Norton, seorang wartawan.

Komen-komen diatas adalah reaksi dari sebahagian pengguna sah (memiliki tanda biru) di Twitter. Sudah tentu, ramai pengguna biasa, mungkin termasuk akaun palsu, telah mengecam kenyataan Gadot.

Keganasan terbaru bermula selepas Israel mengusir puluhan rakyat Palestin dari Jerusalem Timur, sekaligus mencetuskan tunjuk perasaan. Sebagai tindak balas, Hamas melancarkan lebih dari 1,000 roket ke Jerusalem pada minggu ini, dan Israel telah membalas dengan ratusan serangannya sendiri. Menurut menurut Associated Press, tujuh telah terbunuh di Israel, manakala di Palestine, puluhan terkorban, termasuk 16 kanak-kanak. 

Sumber: THR


Related posts

Wonder Woman 3 Tidak Akan Berlaku Dalam DCU Sama Sekali

Kakimuvee

WONDER WOMAN: Gal Gadot Goda Kepulangannya Ke DCU

Kakimuvee

Trailer ‘Heart of Stone’ Goda Filem Pengintipan Lakonan Gal Gadot

Kakimuvee

Gal Gadot Dilaporkan Kembali Meneruskan Peranannya Sebagai Gisele Dalam “FAST X”

Kakimuvee

James Gunn Jelaskan Gal Gadot Tidak “Ditendang” Daripada Peranan Wonder Woman

Kakimuvee

[VIDEO] Pandangan Pertama “Heart of Stone” Yang Menampilkan Gal Gadot & Alia Bhatt

Kakimuvee