Berita

Gal Gadot & Ben Affleck Sertai Gerakan Desak Warner Bros. Tayangkan Justice League Versi Zack Snyder

Views

Pengarah Zack Snyder sering mengeluarkan gambar belakang tabir pembikinan filem Justice League. Walaupun Snyder merupakan tulang belakang dalam pembikinan filem adiwira DC itu, hasil akhirnya bukanlah dari idea pengarah tersebut, tetapi telah diubah Josh Whedon mengikut kehendak studio Warner Bros.

Hasilnya, peminat kecewa melihat kualiti filem tersebut sehingga mereka mendesak agar versi Zack Snyder dilepaskan oleh pihak studios.

Hashtag telah mula diwar-warkan peminat sebagai salah satu usaha untuk mendesak Warner Bros. melepaskan Justice League versi Zack Snyder, namun pihak studios tidak memberi sebarang respon mengenainya.

Terbaru, beberapa pelakon utama Justice League turut bersama-sama peminat apabila mereka mula berkongsi gambar-gambar belakang tabir filem Justice League versi Zack Snyder dan hashtag dilaman media sosial mereka.

 

View this post on Instagram

 

#releasethesyndercut 😜😜aloha j

A post shared by Jason Momoa (@prideofgypsies) on

Buat masa ini hanya Ezra Miller dan Henry Cavill sahaja yang tidak menyertai peminat untuk mendesak studio Warner Bros. Miller dilaporkan jarang menggunakan media sosial, manakala Cavill tetap menjarakkan diri berikutan kegagalan Justice League. 

Ditayangkan pada 2017, Justice League menerima ulasan bercampur-campur dari para pengkritik dan peminat. Pelbagai aspek dari filem tersebut telah dikritik dengan teruk dan ramai menyalahkan Josh Whedon selepas dia mengambilalih kerusi pengarahan dari Zack Snyder. Dengan modal pembikinan hampir $300 juta dolar, Justice League dianggap gagal dari segi komersial apabila hanya mampu meraih $658 juta dolar sahaja sepanjag tempoh tayangannya.

BACA:  Joker Menangi Anugerah Utama Di Festival Filem Venice

Kepada peminat-peminat filem komik DC, adakah anda mahu melihat Justice League versi Zack Snyder dilepaskan studio Warner Bros.? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares