Berita

Gadis-Gadis Birds Of Prey ‘Berposing’ Ala Sitkom Popular Friends Dalam Gambar Promo Terbaru

Views

Gambar terbaru filem Birds of Prey telah sebar di media sosial menerusi Twitter, yang menampilkan para pelakon utama memberi penghormatan pada salah satu sitkom popular terbitan Warner Bros. iaitu Friends. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Birds of Prey diarahkan oleh Cathy Yan, menjadikan dia pengarah wanita Asia pertama mengarahkan filem Superhero. Skrip filem disediakan oleh Christina Hodson.

SAKSIKAN TRAILER RASMI BIRDS OF PREY DISINI

Filem ini dibintangi Margot Robbie yang meneruskan wataknya sebagai Harley Quinn, Mary Elizabeth Winstead yang akan membawakan watak Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary, Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain/Batgirl, Ewan McGregor sebagai penjahat utama, Black Mask serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.

Birds of Prey dijangka akan menemui penonton pada 7 Februari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares