Berita

Frozen Menghampiri Kutipan $1 Billion, Knives Out Bermula Dengan Langkah Kanan

Views

Filem animasi terbaru Walt Disney Pictures, Frozen 2 terus menguasai carta box office domestik Amerika Syarikat apabila menambah $85.2 juga dolar pada minggu kedua tayangannya. Cuti Thanksgiving di benua Amerika Utara menjadi faktor penyumbang kutipan tiket filem sekuel animasi tersebut.

Jumlah domestik terkumpul Frozen kini mencecah $287.5 juta dolar manakala untuk kutipan seluruh dunia mencecah $738.5 juta dolar. Penganalisis menjangkakan, Frozen 2 mampu menyertai kelab $1 billion menjelang minggu hadapan. Pasaran Malaysia menyumbang sebanyak $3 juta dolar (RM12.9 juta) pada minggu lalu.

Ditangga kedua carta box office domestik AS adalah filem misteri thriller terbitan Lionsgate, Knives Out yang mencatatkan menambah kutipan tiket sebanyak $27 juta dolar. Filem arahan Rian Johnson itu kini mengumpul $41.7 juta dolar dipasaran domestik AS dan $70 juta dolar seluruh dunia.

Filem terbitan 20th Century Fox, Ford v Ferrari jatuh ke tangga ketiga dengan pertambahan kutipan sebanyak $13.2 juta dolar. Filem lakonan Matt Damon dan Christian Bale itu telah mengumpul $81 juta dolar dipasaran domestik AS dan $143 juta dolar seluruh dunia.

BACA:  Ridzuan Puzi Terharu Sejarah Hidupnya Di Jadikan Filem Televisyen

Lain-lain kutipan, filem terbaru lakonan Tom Hanks, A Beautiful Day in the Neighborhood menambah $11.8 juta dolar menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $34.3 juta, manakala filem Queen & Slim berada ditangga kelima dengan kutipan sebanyak $11.7 juta dolar.

Sumber: Comingsoon.net

Tinggalkan Balasan

shares